Monday, June 21, 2010

Ciptaan yang telah kau kurniakan !

kok embun setitik nak dijadikan laut
kok tanah nan sekepal nak dijadikan gunung

namun terdampanglah panca-panca
serta rona-rona yang dicipta buat manusia
iaitu pancaindera..

adakah panca ini diguna secara kritis ?
adakah panca ini ditafsir secara minda yang kreatif ?
tidak mungkin berkenaan sama kritis maupun kreatif..

kita lihat sejenak..
andai tiada mata bagaimana mahu melihat keindahan
andai tiada hidung bagaimana mahu bau keharuman
andai tiada mulut bagaimana mahu berkata senyuman
andai tiada telinga bagaimana mahu mendengar kesayupan
andai tiada lidah bagaimana mahu merasa kemanisan

sekarang
dunia serba maju
manusia kebanyakkan
menyalahgunakannya
kemana hilangnya otak manusia serta akal fikiran yang menjadi daya pemikiran
adakah telah dirosak oleh bahana durjana ?
ayuh kita fikirkan ...

mata
dicipta buat melihat keindahan
betapa susah mencipta mata ini
sehingga memberi kenikmatan padamu untuk melihat secukupnya
saraf mata yang kecil2 hendak disumbat menghasilkan sebuah mata..

hidung
imbas kembali ' hidung kau tetap menjadi pujaan hatiku'
memang menjadi pujaan gadis2..
melihat yang mancung, kemek, panjang, kempis
semuanya ada
tuhan ciptakan hidung adalah untuk menghirup keharuman
tidak kisahlah jenis hidungmu itu..

bibir
terketap bibir melihat jejaka tampan
ohh tidak
bukan itu fungsinya..
silap..silap..
bibir adalah deria untuk berkata madah-madah manis
bukannya melemparkan kata-kata dusta..
jikalau tiada bibir bagaimana mahu makan wahai manusia ?

telinga
tempat mendengar kesayupan suara azan yang berkumandang
bukannya mendengar rentak2 syaitan yang durjana
telinga khas dicipta buat mendengar..

lidah
lidahku kelu dan minda memmbeku
memang benar !
jikalau lidah kelu untuk berkata pasti minda terikut sama..
lidah dan minda tidak boleh dipisahkan
lidah berteman bersama minda..
lidah juga tempat kita untuk menikmati hidangan selera
tanpa lidah kita takkan dapat
berkata..
merasa kemanisan, kepahitan..
hidup takkan sempurna

kita kasihi la
manusia yang tidak sempurna
kita harus bersyukur
kerna Tuhan telah memberi serba boleh pancaindera
janganlah dipersia-siakan

bunga yang busuk tidak semestinya berbisa
bunga yang segar tidak semesti tiada berbisa

hanya itulah pesanku
buatmu wahai manusia
kurnian ciptaanya dengan sempurna..

Premitasi buat Pendidik Global

Cahaya angkasawana tiada beralun
lesu membuat hati berderai..

Pendidik globalisasi ini penyajak warisan
penyajak warisan yang memberi gadas-gadas yang berkat
buat kulasentananya
kulasentana menerima segala
segala ilham, panorama, didikan, serta ajaran buat
adiwangsa yang unggul..

Di situ letaknya bahu kemorongan
demi melonjakkan martabat negara
ke arah wawasan 2020
wawasan 2020 begitu bermakna
hendak mengangkat darjat negara
ke kasawana utopia..

Ibarat gadis yang disuntik tidak menerima
kenapa?
kerana pasti ada takdirnya...

DEDICATED TO ALL TEACHER ! HAPPY TEACHER'S DAY !

"BONDA ENGKAU SEGALANYA" by RUZEN

ibu ibarat jantungku buatku
ibu seorang tunggak untuk diriku
ibu itu lah yang membesarkan aku
aku gembira mempunyai ibu sepertimu
yang penyanyang, baik hati, sayang akan diriku ini
aku gembira kerna mempunyai ibu lagi
aku bayangkan betapa sedih nya anak yang kehilangan ibunya
ayuh kita bersama-sama sedekah doa kepada insan yang kehilangan ibu
agar mereka sentiasa tabah dan sabar...AMIN..
"Air yang dicincang takkan putus, sama juga kasih, sayang, rindu terhadap ibu takkan terlepas dari jiwa serta naluri seorang anak>"BONDA ENGKAULAH SEGALANYA" by RUZEN. Terima kasih.

s0mething that i w0nder to kn0w ? is it true or not ?

where is all the life ?
is it gone ?

wajah derita tampak gelisah
resah hati
merana hidup
aku mempercayai dirinya itu
aku mencintai dirinya
aku tidak menyangka ini akan berlaku
dye berkata mencintai aku
aku berasa gembira
aku merasai diriku berada di awang-awangan
puncak penat daku daki
menunggu detik yg indah
bersama nya
tapi semua nya porak peranda
apabila aku ketahui si dia
bercinta dengan kawan lama aku sendiri
aku tidak percaya pada awalnya
apabila aku terima gadar darinya
aku terkedu
aku tidak percaya
dan tetap senyum
tapi fikirkan
kawan aku itu
aku tidak mahu
hubungan kawan gahayu dijadikan taruhan
aku sanggup melepaskannya dengan senyuman !

( puisi luahan hati seorang mahasiswa )
karya :muhammad ruzain b hamidon
smk putrajaya presint 8 (1)
3 putra 4

Titisan darah mengalir kencang

merah warnanya
pekat likat
mengalir tenang
membawa kencang
saat pertama mereka berjumpa
dup2 jantung si dia
sedangkan si durjana dengan selamba
datang
dengan hati yang kosong
tidak punyai sebarang perasaan
si dia beria-ia
hati tidak tentu arah
resah hati gelisah
ingin ketemu dengan si durjana itu
aku hairan kenapa dia beria-ia
cantik sangat kah si lidah bercabang itu
baik sangatkah si durjana itu
apa yang kurang pada diriku ini
kurang gula
kurang garam
aku pelik
kenapa si dia
sedangkan aku telah bersama dirinya
berbulan-bulan
hampir setahun
sanggup tinggalkan
aku kerana si durjana itu
mulanya darah kencang
baru beberapa detik
sudah jantungnya beralih ke durjana itu
mengapa berlaku terlalu cepat
ia berlaku di hadapan mata ku sendiri
aku berada disitu
sanggup dia melakukan sedemikian
sedangkan juga aku ini adalah kekasihnya
si durjana itu terjatuh dihadapannya
terus dia melepaskan tangan ku
lalu membantu si durjana itu
ku fikir bantu
tapi tidak
bantu dan menghantui
maksud ku disini
menolong dan mengambil kesempatan
si dia membawa si durjana
itu ke hospital
meninggalkan ku sendiri
si durjana itu sedikit sahaja
cederanya
semakin kencang
aku sedih
aku pulang dengan kaki
tanpa kereta
tanpa kenderaan
hujan turun renyai-renyai
ku berjalan sambil berkata2
mengapa aku dilakukan sedemikian
mengapa dia tinggalkan aku
perasaan semakin hampa
dan kecewa
hujan pun turun
semakin lebat
sedikit-sedikit air turun
lama-lama segenggam
'sikit-sikit , lama-lama jadi bukit'
ku tiba di rumah
ku masuk ke kamar
ku meraung sendiri
ku kecewa sendiri
ku bersedih sendiri
dulu dia selalu berada di samping ku
sentiasa merasa masalah2 yang aku hadapi
ku tidak berhenti
mengenangkan detik
yang telah berlaku
sehingga terbit fajar

bersambung.....

Pasangan si durjana :hancur dirinya

pasangan si durjana ku kenali dengan panggilan 'dia'
dia adalah bekas kekasih ku
yang teperangkap dengan ludahan si durjana itu
setitik air titisannya
habis rosak hancur segalanya
'bak nila setitik rosak susu sebelanga'
ku berkata demikian kerana
si durjana itu telah merosakkan kebahagiaanku
selama ini
yang dipenuhi dgn
kasih sayang
asmaradana
kenangan2 manis
semua nya telah hancur lebur
ibarat membakar hingga menjadi abu
ludahan itu sungguh berbisa
bisanya tidak setanding dgn bisa si ular
dulu dirimu seorang yang baik hati
dimana hati mu itu
sudah menjadi najis
atas godaan si durjana itu
si durjana itu membelai dada sungguh keasyikan
dup2 jantung mu bergetar
nafsu mu itu telah ditawan oleh durjana itu
dulu dirimu tidak sedemikian rupa
mengapa sekarang semuanya berubah
menjadi seperti api yang membara semerbak dunia
kehadiran insan yang tidak diundang si durjana itu
berubah segalanya
dirimu dulu seorang yang berjiwa islam
kemana hilang nya jiwa keislaman mu itu
tidak mungkin kamu menjadi jiwa kafir semula
kerana si durjana itu
TIDAK !
sia-sia sajalah kamu mengislamkan dirimu itu
tiada gunanya jikalau
kamu berubah semata-mata nafsu mu terlalu kuat

p/s buat si durjana :
wahai durjana aku tahu
kamu telah berjaya
merosakkan kebahagiaannya insan yang tidak bersalah
aku tahu
kamu telah berjaya membinasa pasangan insan yang tidak berdosa
tetapi ingat dirimu tetap akan dicaci
oleh diriiku setiap hari
tunggu sindiran-sindiran yang belom dikeluarkan dari
mulut dan hati ku ini
sedar diri bahawa bukan kamu saja
berbisa
aku lagi berbisa dengan kata2
tunggu satu detik kamu akan menyesal
merampas nya dari diriku

bersambung.....

Maruah seorang insan yang rendah harganya

dirimu muncul dihadapannya
berlenggang-lenggok ibarat sotong tidak bertulang
mengibas-ngibas rambut ibarat satay dibakar
'bak puteri tiada tulangnya penuh kutu dirambut'
mu cuba memikat hati si dia
dengan pandangan dan renungan
yang penuh kedustaan
'bak harimau mencari mangsa di dalam hutan'
lalu didepan nya dan berpura-pura terjatuh
supaya dibantu orang
memerlukan kasihan orang
maruah dirimu sungguh rendah
menggunakan tektik2 tengkujuh
yang sudah 'lapuk dek zaman'
idea-idea yang kotor
supaya orang terjebak dgn perangkapmu itu
sudahlah
jangan lah kamu mahu berlakon dihadapan ku ini
diriku sudah masak dgn lakonan2 sedemikian rupa
ketinggalan zaman
kamu menjadi maruah mu itu sebagai sampah
boleh dicampak dimana2 saja
tidak kenal waktu dan tempat
sebagai seorang insan yang berguna
maruah itu tinggi harganya dibandingkan
dengan harga sebuah beg tangan gucci , prada , dan guess
tidak dapat dibandingkan
tidak dapat dibayangkan
jikalau harga maruah mu semurah itu
ibarat menjual ikan di pasar
sama juga ibarat kamu menjaja
di tengah malam
mencari rezeki yang haram
sedangkan banyak cara
untuk mencari wang
dengan rezeki halal
walaupun dirimu berada dalam darurat
bayangkan
jikalau kamu fikirkan menjaja itu
adalah sebuah permainan yang terbaik untuk anda
kemana hilangnya jati seorang insan yang berguna
dimana letaknya maruahmu seorang insan yang taat
kamu silap jika kamu fikirkan menjaja itu sebuah tempat mncari
rezeki yang halal bg dirimu
kamu silap
sungguh cetek pemikiran mu itu
rendah sungguh pelajaran mu itu
itu bukan nya permainan mu
itu hanyalah permainan iblis
diminda mu itu
satu cara untuk melepaskan diri darinya
iaitu solat 5 kali sehari semalam
dengan itu
pasti kamu akan rapat di sisi tuhan
pasti kamu menjadi seorang yang beriman
pasti dan yakin maruah mu dijaga rapi
dan harganya tidak ternilai

bersambung....

Semua rapuh akibat si durjana

daku hilang segala-galanya
harapan , kekuasaan , kekuatan
ku bersedih bersendiri tanpa rasa kasih orang
ku tidak perlukan belas kasihan
aku cuma mahukan
kasih dan sayang dari seorang insan ini
dia yang membuat aku tergila-gilaknnya
sehinggakan aku
makan tk kenyang
tidor tk lena
mandi tk basah
'bak hujan turun pun tiada airnya'
dia lah yang meninggalkan aku
tanpa berita
tanpa pesanan
tanpa undangan
dia telah melukakan hati aku
hingga detik ini aku menangis rintih
kemana hilangnya rasa kasih dikau
atau dikau sejak kecil tidak ditatih
kemana hilangya dirimu yang dulu
seorang yg
penyanyang
baik hati
penyabar
pemberi kasih sayang
jujur ....tetapi sekarang
kamu sungguh
busuk hati ibarat bangkai
curang ibarat buaya mencari mangsanya
penipu ibarat kancil yang hodoh
sedih hatiku
pilu diriku
musnah harapanku
hancur diriku
tiada seri hidupku
tiada warna dalam diriku
tanpa dirimu
kemana hilangnya madah2 mu yang indah itu
madah-madah indah itu musnah menjadi abu bg diriku
hanya kerana dikau mengejar si durjana itu
si durjana
rupa cantik di luar
rupa hantu di dalam
hati bersih diluar
hati berdaki di dalam
menyimpan hasrat untuk menghancurkan kebahagiaan orang lain
merampas hak orang
tiada salam
terus menyerbu
ibarat di pasar malam
jaga maruahmu itu wahai durjana
janganlah meletakkan harga yang rendah bagi dirimu
kamu itu ada rupanya
hatinya ada
akibat dari maruahmu yang rendah
itulah menyebabkan hidupmu hancur
yang tiada berhala
tiada hala tujunya
itu sebabnya kamu suka merosakkan kebahagiaan orang lain
dan memikirkan bahawa itu sebagai permainan dalam hidupmu itu
tetapi kamu rosak dan terus akan dipesongkan oleh godaan2 IBLIS

bersambung.....