kok embun setitik nak dijadikan laut
kok tanah nan sekepal nak dijadikan gunung
namun terdampanglah panca-panca
serta rona-rona yang dicipta buat manusia
iaitu pancaindera..
adakah panca ini diguna secara kritis ?
adakah panca ini ditafsir secara minda yang kreatif ?
tidak mungkin berkenaan sama kritis maupun kreatif..
kita lihat sejenak..
andai tiada mata bagaimana mahu melihat keindahan
andai tiada hidung bagaimana mahu bau keharuman
andai tiada mulut bagaimana mahu berkata senyuman
andai tiada telinga bagaimana mahu mendengar kesayupan
andai tiada lidah bagaimana mahu merasa kemanisan
sekarang
dunia serba maju
manusia kebanyakkan
menyalahgunakannya
kemana hilangnya otak manusia serta akal fikiran yang menjadi daya pemikiran
adakah telah dirosak oleh bahana durjana ?
ayuh kita fikirkan ...
mata
dicipta buat melihat keindahan
betapa susah mencipta mata ini
sehingga memberi kenikmatan padamu untuk melihat secukupnya
saraf mata yang kecil2 hendak disumbat menghasilkan sebuah mata..
hidung
imbas kembali ' hidung kau tetap menjadi pujaan hatiku'
memang menjadi pujaan gadis2..
melihat yang mancung, kemek, panjang, kempis
semuanya ada
tuhan ciptakan hidung adalah untuk menghirup keharuman
tidak kisahlah jenis hidungmu itu..
bibir
terketap bibir melihat jejaka tampan
ohh tidak
bukan itu fungsinya..
silap..silap..
bibir adalah deria untuk berkata madah-madah manis
bukannya melemparkan kata-kata dusta..
jikalau tiada bibir bagaimana mahu makan wahai manusia ?
telinga
tempat mendengar kesayupan suara azan yang berkumandang
bukannya mendengar rentak2 syaitan yang durjana
telinga khas dicipta buat mendengar..
lidah
lidahku kelu dan minda memmbeku
memang benar !
jikalau lidah kelu untuk berkata pasti minda terikut sama..
lidah dan minda tidak boleh dipisahkan
lidah berteman bersama minda..
lidah juga tempat kita untuk menikmati hidangan selera
tanpa lidah kita takkan dapat
berkata..
merasa kemanisan, kepahitan..
hidup takkan sempurna
kita kasihi la
manusia yang tidak sempurna
kita harus bersyukur
kerna Tuhan telah memberi serba boleh pancaindera
janganlah dipersia-siakan
bunga yang busuk tidak semestinya berbisa
bunga yang segar tidak semesti tiada berbisa
hanya itulah pesanku
buatmu wahai manusia
kurnian ciptaanya dengan sempurna..
No comments:
Post a Comment