Monday, June 21, 2010

Titisan darah mengalir kencang

merah warnanya
pekat likat
mengalir tenang
membawa kencang
saat pertama mereka berjumpa
dup2 jantung si dia
sedangkan si durjana dengan selamba
datang
dengan hati yang kosong
tidak punyai sebarang perasaan
si dia beria-ia
hati tidak tentu arah
resah hati gelisah
ingin ketemu dengan si durjana itu
aku hairan kenapa dia beria-ia
cantik sangat kah si lidah bercabang itu
baik sangatkah si durjana itu
apa yang kurang pada diriku ini
kurang gula
kurang garam
aku pelik
kenapa si dia
sedangkan aku telah bersama dirinya
berbulan-bulan
hampir setahun
sanggup tinggalkan
aku kerana si durjana itu
mulanya darah kencang
baru beberapa detik
sudah jantungnya beralih ke durjana itu
mengapa berlaku terlalu cepat
ia berlaku di hadapan mata ku sendiri
aku berada disitu
sanggup dia melakukan sedemikian
sedangkan juga aku ini adalah kekasihnya
si durjana itu terjatuh dihadapannya
terus dia melepaskan tangan ku
lalu membantu si durjana itu
ku fikir bantu
tapi tidak
bantu dan menghantui
maksud ku disini
menolong dan mengambil kesempatan
si dia membawa si durjana
itu ke hospital
meninggalkan ku sendiri
si durjana itu sedikit sahaja
cederanya
semakin kencang
aku sedih
aku pulang dengan kaki
tanpa kereta
tanpa kenderaan
hujan turun renyai-renyai
ku berjalan sambil berkata2
mengapa aku dilakukan sedemikian
mengapa dia tinggalkan aku
perasaan semakin hampa
dan kecewa
hujan pun turun
semakin lebat
sedikit-sedikit air turun
lama-lama segenggam
'sikit-sikit , lama-lama jadi bukit'
ku tiba di rumah
ku masuk ke kamar
ku meraung sendiri
ku kecewa sendiri
ku bersedih sendiri
dulu dia selalu berada di samping ku
sentiasa merasa masalah2 yang aku hadapi
ku tidak berhenti
mengenangkan detik
yang telah berlaku
sehingga terbit fajar

bersambung.....

No comments: